Saturday 1 October 2011

Saya Suka Awak... I mean buku! (Part 1)


Ulat Buku 1
Haish adik ni, nak pesan tak cakap awal-awal. Dia pantas masuk ke dalam Borders untuk membeli novel yang baru sahaja dipesan Alia. Dia langsung tidak mengetahui apakah jenis novel tersebut. Hanya sedikit maklumat daripada Alia yang juga ingat-ingat lupa. Dia lantas ke rak buku yang mempunyai papan tanda novel Inggeris dan mencari-cari novel yang diminta.
Sydney Sheldon,” berulang-ulang kali dia mengulangi nama penulis buku itu supaya tidak lupa. Matanya meliar dari atas sehingga bawah rak. Berkerut-kerut dahinya dan sesekali dia menggaru kepalanya yang tidak gatal apabila buku yang dicari tidak berjumpa. Kelakuannya menarik perhatian seseorang yang berada tidak jauh darinya.
“Kalau nak cari novel Sidney Sheldon, bukan kat sini,” ujarnya kepada lelaki yang berada di sebelahnya sambil tersenyum. Adam mengangkat muka. Dia memandang gadis bertudung putih itu dengan penuh fokus.
“Kat sana tu rak yang bertanda nonfiction. Cari huruf S, pasti awak akan jumpa novel Sydney Sheldon,” Dia menunjukkan rak buku nonfiction yang berada selang beberapa rak buku daripadanya. Adam berfikir sejenak sebelum bersuara.
“Awak kenal bukunya?” Tanya Adam dengan penuh memerlukan. Harap-harap sudilah gadis itu menunjukkan  tempat buku itu berada sendiri. Gadis itu mengangguk penuh tanda tanya.
“Ah, boleh tak kalau awak tolong saya? Saya perlukan awak,” Adam menjelaskan niatnya. Namun dahi gadis itu berkerut tanda kurang mengerti.
“Ah, bukan. Macam ni, adik saya minta saya belikan buku penulis tu tapi dia lupa yang mana satu tajuknya tapi dia ada cerita sikit-sikit macam mana isi kandungannya.

“Abang Ad nak pergi shopping mall?” Alia bertanya di pintu masuk sebaik melihat Adam keluar bersama kasut Polonya. Adam mengangguk.
“Nak pesan,”
“Apa dia?”
“Belikan novel Sidney Sheldon,” balas Alia.
“Apa title dia?”
“Urm… Alia lupa la. Tapi Alia ingat sikit-sikit cerita mengenai apa,” balas Alia sambil berfikir.
“Susahla macam ni. Macam mana nak cari?” Adam sudah berdiri selepas menyarung kasutnya.
“Ala, abang tanya la pekedai buku tu, mesti dia tahu. Please…” rayu Alia dengan membuat muka comelnya.
“Ye la…ye la… Macam mana ceritanya?” Adam mengalah. Nanti kalau tidak diikut, merajuk pula Alia ni.
“Cerita dia mengenai seorang gadis yang ada masalah multiple  personality disorder. Dia ada 3 personality berbeza. Dia langsung tak tahu yang dia ada penyakit tu sedangkan dia dituduh membunuh beberapa lelaki yang memang dia lakukan. Ada faham?” panjang penerangan Alia. Adam mnengangguk-angguk namun dahinya berkerut. Dia akan cuba mengingati cerita adiknya.
“Tengokla kalau abang jumpa, abang beli,” Adam tidak mahu berjanji.
“Ala abang Ad cuba la. Please…” kali ini panjang pula sebutan ‘please’ itu. Adam mengeluh. Akhirnya dia mengangguk.

Begitulah ceritanya pagi tadi sebelum dia bertolak ke sini. Adam memandang gadis yang masih membisu di hadapannya.
Pleaseeeee…” Dia pula mengajuk seperti adiknya. Gadis itu serba salah. Rasa menyesal pula menolong lelaki ini tadi. Tapi apa salahnya. Kesian juga tengok dia ni. Anggap je la pertolongan ni ikhlas.
Akhirnya dia mengangguk. Betapa gembiranya hati Adam apabila gadis itu bersetuju menolongnya.
“Terima kasih,” ucapnya berulang kali dengan terharu. Apa kena pulak lelaki ni? Macam tak pernah je ke kedai buku.
Adam menuruti langkah gadis di hadapannya ke rak buku yang ditunjukkan tadi. Mereka berhenti betul-betul di rak buku nonfiction yang mempunyai pelekat huruf R dan S.
“Sini,” Adam memandang ke arah telunjuk gadis itu. Di situ terletak beberapa buku karangan penulis terkenal Sidney Sheldon. Terdapat banyak tajuk novel karangannya. Entah mana satu yang diminta adiknya.
“Macam mana kisah novel yang adik awak nak beli tu? Saya akan bantu jika saya tau,” sambung gadis itu lagi yang melihat Adam masih kepeningan walaupun novel yang dicari sudah berada di mata.
“Oh ya. Adik saya kata ceritanya mengenai multiple personality disorder. Ada 3 personaliti dalam badan gadis dalam cerita tu,” Adam mengulang cerita adiknya kepada gadis di sebelahnya.
MPD?” gadis itu pantas memberi reaksi. Lantas tangannya mencapai salah satu novel yang berada di rak di hadapan mereka kemudian menyerahkan novel tersebut kepada Adam. Adam yang masih kebingungan hanya melihat novel itu bertukar tangan.
Tell Me Your Dream?” Gadis itu mengangguk.
“Ini ke bukunya?” Adam bertanya lagi. Gadis itu mengangguk lagi.
Conform?” Angguk.
“Oh, terima kasih. Terima kasih banyak-banyak,” berkali-kali dia menunduk 15 darjah ke arah gadis itu.
No problem. Cuma membantu,” balas gadis itu rendah diri. Telefon gadis itu berbunyi lalu dia meminta diri. Adam bersyukur di dalam hati. Nasib baik dia tolong. Kalau tak alamatnya berjam-jamla aku di sini. Dia lalu ke kaunter pembayaran untuk membayar novel itu.
“Afi? Kau kat mana?” terdengar suara di hujung telefonnya.
“Aku still kat Borders. Dah habis tengok?”
“Dah. Kami tunggu kat depan foodcourt ya,” Selepas menekan butang ‘Padam’, dia lantas mengambil barang-barangya dan berlalu keluar dari Borders.

Adam memandu masuk keretanya ke bawah garaj yang disediakan di rumahnya. Alia segera keluar rumah apabila berbunyi deruman enjin kerta masuk ke perkarangan rumahnya. Tidak lain tidak bukan tentunya abangnya. Sebaik Adam keluar dari perut kereta, Alia terus menerkamnya.
“Abang jumpa tak?” Tanya Alia tidak sabar. Matanya bersinar-sinar. Adam mengangguk lemah. Alia menjerit keriangan.
“Macam mana abang jumpa? Entah-entah silap buku kot,”
“Hah mintak lagi macam tu. Yang rugi abang juga,” Alia mencebik.
“Mana bukunya?”
“Sabar la. Abang tak duduk pun lagi. Letih ni. Bukannya nak buatkan air untuk abang tapi tanya pasal novel pula,” leter Adam sambil duduk di sofa sebaik sahaja masuk ke dalam rumahnya. Dia menyuruh Alia membuka kipas. Alia hanya menurut dengan mencebik.
“Hah dah balik pun anak teruna,” Ibunya menegur sebaik muncul dari dapur. Puan Noriah lalu duduk di sofa di sebelah anaknya yang nampak keletihan.
“Pergi mana ni? Nampak letih,” Tanya Puan Noriah.
Mall tadi. Saje jalan-jalan,” balas Adam sambil kepalanya dilentokkan di sofa.
“Nah, air buat abang tersayang,” ujar Alia sambil mengukir senyuman.
“Aik, kenapa tiba-tiba pula ni?” Adam bertanya kehairanan. Alia menunjukkan novel Sidney Sheldon yang dibeli abangnya itu dengan gembira.
“Ni la novel yang Alia cari. Abang jumpa. Thanks,” ujar Alia gembira. Novel bertajuk ‘Tell Me Your Dream’ itu pernah dibacanya dua tahun lepas. Namun, dia hanya meminjam daripada rakan sebiliknya apabila kebosanan. Novel itu menarik perhatiannya dan dia bercadang memilikinya. Memandangkan abangnya yang baru balik dari Australia, dapatlah dia mengepau belikan novel tersebut untuknya.
“Fuhh… nasib baik la ada orang tolong,” Adam mengeluh lega.
“Siapa?” Tanya ibunya ingin tahu lebih lanjut. Dia amat mengerti perangai anak lelakinya yang seorang ini yang tidak suka membaca novel-novel atau bahan bacaan yang tidak berkaitan dengan pelajarannya. Maka amat jaranglah anak terunanya ini keluar masuk kedai buku. Hairan jugalah, kalau Adam tidak kepeningan apabila memasuki kedai buku.
“Tentulah pelayan kat situ kan,” jawab Alia sambil ketawa kecil.
No,” Tangkas Adam meningkah. Alia yang turut juga melentokkan kepalanya di sofa kini tegak di sebelah Adam.
Then, siapa yang tolong abang?” soalnya hairan.
A girl,” jawab Adam sambil memandang adiknya di  hujung mata. Ada senyuman nakal dibibirnya.
“Hah?” Rahang Alia jatuh sedikit sambil berkerut dahinya. Puan Noriah hanya menggelengkan kepala.
Adam meneguk air sirap yang dibawa adiknya tadi sebelum menyambung cerita.
A girl yang tunjukkan abang mana tempatnya novel tu diletakkan. Siap tunjuk tu la buku yang adik nak cari. Dia yakin dia betul,”
“Siapa? Abang kenal ke dia?” Alia masih tertanya-tanya.
“Mana la abang tahu. Tak kenal pun. La nak tunggu kenal dia dulu ke baru boleh tolong?” Adam tersengih.
“Hurm… macam ada udang di balik spaghetti je. Takkanlah dia baik sangat nak tolong abang yang dia tak kenal pun,” Alia mencebik.
“Baik apa dia tolong abang. Kalau tak alamat Lia kena tunggu berjam-jam lagi nak sampai abang figure out buku apa yang Lia cari tau,” Adam menjelaskan. Sekali lagi Alia mencebik.
“Alhamdulillah. Nasib baik ada orang tolong Ad. Kalau tak, sampai ke Maghrib pun ibu tak jumpa anak ibu lagi ni kan,” Puan Noriah berkata sedikit menyindir.
“Ala ibu. Ad pergi makan angin kejap je. Dok umah pun bukan boleh buat apa,” Adam memberi alasan.
“Dah tu abah suruh kamu bekerja, kamu kata nak rehat. Memang la tak ada apa-apa nak dibuat,” Adam membuat muka.
“Ok la ibu. Adam nak masuk bilik. Nak mandi dan solat Asar. Dah lewat dah ni,” pinta Adam lalu berlalu ke biliknya.
“Ada-saja alasan bila orang buka topik kerja,” Puan Noriah menggeleng-geleng kepalanya.
“Yang awak ni. Dah sembahyang?” Alia mengangguk. Dia mendekatkan dirinya kepada ibunya.
“Ibu, ibu rasa Abang Ad tu da conform tamat perkhidmatan tak sebagai couple Kak Lili?” Tanya Alia sambil memandang ke arah bilik Adam. Ibunya berkerut.
“Kenapa pula?”
“Tadi, masa Abang Ad cerita pasal girl pun macam tak layan. Abang Ad macam tak minat dah dengan girl lain,” Alia menyuarakan.
“Hish, kamu ni. Ada pula fikir sampai macam tu. Biar je la abang kamu tu sejuk hati dulu. Lagipun baru tiga bulan mereka berpisah,” Puan Noriah menyangkal kata-kata Alia yang dirasakan tidak betul itu. Dia lantas membawa gelas yang berisi air sirap separuh itu ke dapur.

Ulat Buku 2
“Salam, Afi. Kat ne?” suara di hujung talian bergema tanpa menunggu salam dijawab.
Port biasala la. Mana lagi,” balasnya selepas menjawab salam. Apik, saudara kembarnya yang menelefon.
“Borders?” Apik pantas meneka.
Yup. My only special place,”
“Alamak, ulat sudah naik buku,” kedengaran ketawa di hujung talian. Dia juga turut ketawa.
“Ada-ada je la. Apik lak, tengah buat apa tu?” tanyanya pula.
“Tengah borak ngan member kat telefon,” selamba saja jawapan Apik. Afi terdiam sejenak.
“Aish, ada orang nak rasa peluku Afi nampaknya,” balas Afi apabila dia memahami. Kedengaran ketawa yang kuat di sebelah sana.
“Afi tu yang siput. Macam dulu,” ketawanya disambung lagi. Afi mencebik.
“Apik tak ganggu time reading Afi ke?” Apik bertanya.
“Ada la sikit. Tapi kerana Apik, Afi tak kisah,” jawab Afi sambil ketawa kecil.
“Wahhh… ni yang buat Apik tambah sayang kat Afi,” ujar Apik terharu. Bezanya dengan Apik adalah 7 minit sahaja. Dia terlebih dahulu keluar dari rahim ibunya dituruti pula Apik. Namun begitu oleh kerana tubuh badannya yang kecil molek, mereka berdua sering di salah anggap Apik adalah abang, manakala dia adalah adik. Namun, dibiarkan sahaja kerana yang lebih penting Apik sentiasa menghormatinya sebagai kakak.
“Umi baik?” Apik menukar topik.
“Ya. Apik tak call umi ke?”
“Minggu lepas dah telefon umi,”
“Itu minggu lepas. Minggu ni?”
“Minggu ni call Afi pulak. Dah lama tak borak dengan Afi. Apik rindu,” Sudah 5 tahun, Apik bermastautin di Jepun menyambung pengajiannya di Universiti Nanzan dalam jurusan Pengurusan. Manakala dia pula tersangkut di negeri Pulau Mutiara membuat Ijazah Kimia di Universiti Sains Malaysia.
“Eleh, entah-entah nak isi kebosanan je,” Afi berdalih.
“Ya jugak. Kalau bosan memang nak call Afi je,” Apik membalas sambil ketawa. Dia dapat mendengar rengusan Afi di sebelah sana.
“Ye la. Kalau bukan Afi, siapa lagi nak isi kebosanan Apik. Afi je reti layan Apik tengah bosan kan,” Afi turut ketawa apabila mendengar Apik ketawa di hujung talian.
“baca la buku kalau boring,” cadang Afi kepada kembarnya itu.
“Hurm… baca buku boleh buat penat juga. Kadang-kadang kena rehat juga kan,”
“Afi tak letih pun,”
“Hahaha… Afi lain, Ulat buku. Mana nak penat,” Apik ketawa lagi. Afi mencebik.

Ulat Buku 3
Hari ini, dia menemani ibunya dan Alia ke Jusco, membeli barangan dapur. Alia juga mahu bershopping juga. Hanya dia yang boleh memandu. Maka mahu atau tidak, dia harus menjadi driver petang itu.
Dari luar anak matanya menangkap susuk tubuh yang sedang tekun membaca buku di kerusi Starbuck. Dia masih mengingati wajah itu.
“Ibu dengan Alia masuk lah Jusco. Ad nak window shopping jap,” ujarnya sebaik berhenti di pintu masuk JJ. Sebaik memberikan troli kepada Alia, dia segera beransur ke Starbuck itu.
Jelas. Dialah gadis itu. Gadis yang menolongnya mencari novel adiknya. Hari itu belum sempat dia memperkenalkan dirinya. Apabila dia selesai membayar, dilihatnya kelibat gadis itu telah tiada di kawasan itu. Hampa, dia mahu berbual panjang dengan gadis itu. Namun hari ini, mampu dia meneruskan niatnya lagi. Dia berhenti betul-betul di hadapan meja gadis itu. Namun, tiada respon daripada gadis itu. Dia berdehem. Akhirnya gadis itu mengangkat muka.
“Boleh duduk?” Adam berbahasa basi. Gadis itu mengerling ke kiri dan kanan. Didapati semua meja telah penuh. Kemudian dia mengangguk. Matanya kembali menatap buku.
“Menarik ke buku tu?” Adam mencari peluang berbual dengan gadis bertudung merah jambu muda yang dipinkan ke belakang kepala itu. Gadis itu memandangnya dengan anak mata. Mukanya tidak bergerak. Dia hanya mengangguk dan tersenyum. Alahai apa niat mamat ni pula. Nak mengacau je. Dah bagi tempat duduk tu pun tak reti bersyukur ke?
“Terima kasih untuk hari tu,” Adam membuka kisah beberapa hari lepas. Mungkin dia akan memberi reaksi lebih. Tepat, gadis itu memandangnya  dengan berkerut muka.
Sydney Sheldon. Tell Me Your Dream,” Adam menyebut pengarang dan nama buku yang menjadi sebab pertemuan mereka. Gadis itu berfikir lagi. Kerutan di dahi jelas kelihatan.
Oh, don’t mention it,” balasnya apabila dia mengingati semula. Lelaki tu rupanya. Bukan ke hari tu dah banyak kali ucap thanks ke? Ni apa pula ni?
“Saya Adam, awak?” Aik, perkenalkan diri pula. Afi memandang lelaki bernama Adam itu dihujung mata. Kemudian melarikan semula anak mata menghadap bukunya.
“Afi,” balasnya bersahaja. Adam gembira mendengar jawapan itu. Ada can la ni.
Alahai kenapa pulak aku pergi jawab. Gedik!
“Awak selalu datang sini ke?” Adam mahu perbualan mereka lebih rancak. Afi angguk tanpa memandang ke arahnya. Adam melihat buku yang berada di tangan Afi.
“Tunas… hl… hlo…” tergagap dia mahu menyebut nama penulisnya.
“Hlovate,” sebut Afi datar.
“Haha… susahnya nak sebut. Penulisnya ya?” kata Adam sambil mengusap belakang kepalanya yang tidak gatal. Afi angguk lagi. Ya, pakcik. Dah terpapar di muka depan, siapa lagi?
“Awak ni peminat buku ya?” Adam bertanya lagi. Afi memandang Adam sebelah mata sekali lagi. Habis tu, buat apa la aku ada kat sini sambil pegang buku ni, pakcik oi! Adoiya! Afi angguk.
Alahai. Angguk. Angguk. Angguk macam belatuk. Itu je ke cik adik oi. Tak boleh jadi ni. Kena lebih bercakap lagi.
“Hari tu, macam mana awak tau buku tu yang saya nak cari? Awak baca buku tu juga?” Afi angguk lagi. Dia tidak berminat untuk berbual. Sekarang adalah masanya membaca. Adam mengeluh.
“Boleh tak beritahu saya, apa yang bagus sangat baca buku ni? Saya rasa lagi banyak benda boleh diisi daripada membaca kan,” Adam sudah naik lenguh menunggu jawapan gadis itu. Maka dia cuba mencabar gadis itu pula. Afi menjeling tajam. Alamak! Adam terkejut.
“Saya pun rasa awak masih boleh isi masa awak dengan benda lain daripada mengganggu saya membaca kan” keras kata-kata Afi walaupun datar.
 “Ah, sorry… sorry…” Alahai, aku pulak yang kena. Mereka berdiam sejenak. Afi masih tekun membaca novel melayu bertajuk ‘Tunas’ itu sehelai demi sehelai. Adam pula melemparkan pandangan ke luar kedai.
“Awak tak minum ke?” dia bersuara datar selepas seketika diam. Apa lagi ni? Bisik hati Afi.
“Saya tak suka membaca sambil minum. Mengganggu konsentrasi,” balas Afi datar. Adam tersengih. Tu petanda baik.
“Hurm… kalau saya belanja?” ujar Adam mengangkat sebelah keningnya.
Huh? Tak faham ke apa yang orang cakap tadi? Afi hanya memandang pelik apabila Adam bangun dari duduknya ke kaunter. Pandangannya belum berkalih sehingga Adam kembali duduk dengan membawa dua gelas kopi.
My treat. Minumlah,” ujar Adam sambil tersengih. Afi memandangnya dengan berkerut dahi. Dia memandang gelas yang berisi kopi di hadapannya. Kemudian pandangan beralih ke arah Adam yang sedang menghirup airnya. Serba salah dia mahu mengambil minuman itu. Adam yang perasan segera berkata,
“Ambil la. Anggap je, saya berterima kasih hal beberapa hari lepas,”
Lama dia merenung gelas itu sebelum mencapainya dan minum. Berjaya! Adam tersengih.
“Saya betul-betul tak faham kebaikan membaca. Boleh awak ceritakan?” Adam memusingkan strawnya sambil tangan menongkat mukanya di meja. Pandangannya dilarikan ke kaunter pembayaran yang mempunyai ramai pelanggan. Afi mengangkat muka dan berhenti minum.
“Awak tak suka membaca?” Tanya Afi datar.
“Tak berminat,” ujarnya malas.
“Takkan seumur hidup awak tak pernah membaca?” Hairan.
“Bukanlah macam tu. Kalau masa free, buku bukanla pilihan saya,” Adam bersuara datar lagi.
“Hurm… setiap orang ada minat masing-masing,” ujar Afi akhirnya. Dalam keadaan Adam, memaksa bukan idea yang baik. Ada baiknya, hatinya sendiri terbuka untuk menerima buku. Adam memandangnya sebelah mata.
“Jadi, awak minat buku?” Afi angguk.
“Apa yang buat ia menyeronokkan?” Adam bertanya lagi. Afi senyum. Dia memandang buku ‘Tunas’ yang diletakkan jauh sedikit daripada gelasnya.
“Banyak…” Adam memandangnya. “Banyak faedahnya,” senyuman Afi belum padam. Adam belum lepas memandang wajah Afi yang masih tersenyum. Comelnya, detik hatinya.
“Saya dapat banyak faedah daripada buku,” ulang Afi sambil memandang Adam yang masih merenungnya.
“Buku adalah guru saya selain cikgu sekolah,” sambungnya lagi. “Saya dapat banyak ilmu baru daripada membaca. Mengetahui sesuatu yang belum diketahui membuatkan saya gembira. Contohnya, awak tau tak kucing yang berwarna putih dan mepunyai tompok coklat, oren dan hitam dinamakan Calico?” Afi menunggu jawapan Adam. Namun lelaki itu menggeleng tidak tahu.
“Saya pun. Baru-baru ni saya baca buku tentang kucing. Barula saya tau. Comel betul nama dia. Calico,” ujar Afi gembira. Adam kagum melihat gadis itu bercerita tentang faedah membaca buku. Banyak yang diceritakan. Afi nampak gembira dan sentiasa tersenyum. Seolah-olah Afi itu karangan berbentuk visual.
“Banyaknya,” Adam berkata selepas Afi menghabiskan ‘karangannya’.
“Kan,” Afi menegaskan.
“Tapi yang paling penting,…” Adam berhenti seketika. Afi memandangnya dan menunggu ayat itu disambung.
“… awak gembira semasa bercerita,” sambung Adam sambil tersenyum. Senyumannya dibalas kembali oleh Afi.
“Saya suka bercerita mengenai buku dan suka bercerita balik cerita dari dalam buku,” ujar Afi jujur. Kepalanya menangkap jam besar di dinding. Jam sudah menunjukkan pukul 5.30 petang.
“Alamak, saya dah lewat,” ujar Afi sambil bangun dari duduknya. Adam bingung.
“Saya kena balik sekarang. Terima kasih untuk ini,” ujar Afi sambil menunjukkan ke arah gelas yang sudah kosong. Adam mengangguk.
“Saya pergi dulu,” Afi mengangkat beg galasnya yang diletakkan di kerusi sebelah kanannya dan disangkutkan ke sebelah kanan bahunya. Dia tersenyum sebelum memulakan langkah.
“Afi,” Afi berpaling. Adam juga telah bangun dari duduknya.
“Esok datang lagi?” Tanya Adam lembut. Afi mengangguk. Adam senyum.
“Jumpa esok,” ujar Adam tersenyum. Afi mengangkat kedua-dua keningnya. Dia mengangguk lagi. Langkahnya dimulakan semula. Apa-apa je la Adam.
Adam mengeluarkan telefon bimbitnya yang berbunyi.
“Ah, ibu…”

Sudah lelah Adam menunggu namun kelibat Afi masih dia tidak temui. Gelas demi gelas kopi sejuk yang diminumnya namun Afi tidak muncul-muncul jua. Dah lupakah Afi tentang janji mereka? Walaupun tidak secara rasmi namun Afi bersetuju mahu bertemunya semalam. Dia mengeluh berat. Mahu sahaja dia angkat punggung tapi takut pula Afi tiba-tiba muncul. Sudah berkali-kali dia mengerlihkan pandangan ke arah pintu masuk Starbucks itu jika ada-ada kelibat Afi yang muncul namun hampa. Akhirnya apabila jam menunjukkan jam 5.30 petang, Adam berlalu dari Starbucks. Hatinya bungkam. Tidak bertemu Afi hari ini tidak memuaskan hatinya. Seolah-olah dia telah bertemu hobi barunya. Dia berjalan dari kedai ke kedai sengaja mahu melayan perasaannya.
            Punat kawalan keretanya ditekan sehingga sudah yakin kesemua pintu keretanya terkunci rapat, barulah dia berlari-lari anak mendapatkan ibunya. Tangan kiri ibunya disilang dengan tangan kanannya. Debar dihati mengundang sebaik ternampak tanda kedai Starbucks. Dia tidak melupakan janjinya kepada Adam namun sesuatu telah menghalang dia bertemu lelaki itu hari ini. Ketika kakinya sudah hampir melepasi Starbuck, matanya melilar ke dalam kedai itu. Kemudian dia menghembus nafas lega. Ibu dan babanya asyik berbual dan tidak perasan gelagatnya. Matanya masih meliar di kawasan kedai yang terkenal di seluruh negara itu. Kemudian, nafasnya segera menukar kadar degupannya apabila melihat satu susuk tubuh yang dikenali sedang asyik meneliti majalah-majalah yang dipamerkan di sebuah kedai majalah berdekatan kedai Starbucks.
“Ibu, Afi nak ke kedai majalah kejap. Ibu dan baba pergi dululah. Nanti Afi contact ye.” Setelah mendapatkan persetujuan kedua-dua ibu dan bapanya, Afi mempercepatkan langkah menghala ke kedai di mana sesusuk tubuh itu berada. Perasaan bersalah menyelubungi hatinya. Dia menelan air liur beberapa kali dan berharap dia dimaafkan lelaki itu kerana janji yang tidak ditepati. Janjikah? Hah, kira janjilah tu. Siapa suruh angguk tanpa usul periksa. Ngeeee~!! Padan muka kau Afi.
Kakinya berhenti betul-betul di belakang lelaki yang sedang asyik membelek majalah perniagaan. Alahai, macam mana boleh lupa nama mamat ni? Apa aku nak panggil dia? Afi tergaru-garu walaupun tidak gatal. Kepalanya berkerut cuba mengingati nama lelaki itu. Namun nasibnya agak baik kerana Adam tiba-tiba terpaling apabila dia terperasan ada seseorang di belakangnya.
“Assalamualaikum~!” Afi menegur sambil terserlah senyuman bersalahnya itu. Adam terpaku seketika. Agak terkejut dengan kehadiran Afi yang tiba-tiba. Matanya melurut Afi atas dan bawah. Terpana dia melihat Afi dalam sepersalinan baju kurung berwarna biru muda itu. Namun, Afi terlebih dahulu melambai-lambaikan tangannya ke muka Adam untuk menyedarkan Adam ke alam nyata.
“Yo, bro. Boleh ke Starbucks kejap?”

Afi meletakkan jus oren yang dipesan Adam di hadapan lelaki itu yang masih membisu sejak tadi. Pandangan Adam juga menala ke arah lain sebagai tanda protes. Dia duduk bertentangan dengan Adam sambil menyedut jus laici mencari kekuatan untuk bersuara.
“Dah lama sampai?” Akhirnya dia mampu bersuara walaupun suara terasa terlekat di kerongkong. Adam yang sejak tadi berpaling ke arah lain menghala pandangannya ke arah Afi yang masih tersengih macam kerang busuk.Ya, dia merajuk!
“Adalah dalam 3 jam kot.” Adam bersuara acuh tidak acuh. Senyuman Afi semakin kendur.  Perasaan bersalahnya semakin menebal. Alahai, kesiannya mamat ni. Semua ni salah aku lah. Dia menyatukan kedua-dua belah tapak tangan seperti bangsa Hindu berdoa namun diangkatkan sedikit tangannya itu ke paras muka.
“Saya nak minta maaf sangat-sangat kat awak. Serius, bukan perkara yang nak disengajakan.” Wajah Afi bertukar kepada serius. Ada kerutan di dahinya. Adam mampu melihat perubahan muka Afi itu. Mahu sahaja dia ketawa namun hatinya masih mahu merajuk.
“Boleh bagitau saya alasan yang kukuh?” Adam merenung tajam Afi. Afi menunduk dan mengangguk.
“Salah seorang saudara saya meninggal. Jadi my family and I went to her house untuk bagi penghormatan terakhir. Oleh sebab saudara tu saudara rapat ibu, so, we spent lots of time there. Kami baru je balik dari sana tadi.” Adam beralih posisinya namun matanya masih langsung merenung Afi yang sudah mula tersenyum kembali. Kedua-dua belah tangannya menjadi tongkat kepada mukanya di meja.
“Saya risau juga sebab saya akan buat awak tertunggu-tunggu. I want to inform you but I don’t know how.” Ada tanda kesal dari tutur kata Afi. Adam angguk sahaja mendengar kata-kata Afi. Beberapa minit juga sepi mengisi.
“So, problem kita sekarang ialah kita tak dapat berhubung antara satu sama lain.” Adam membuat kesimpulan. Afi sekadar angguk. Adam mengeluarkan telefon bimbitnya.
“So, let’s switch our number,” ujarnya tersenyum penuh makna. Tangannya sudah tersedia untuk menekan butang-butang nombor telefon Afi. Afi terdiam. Sebelah keningnya terangkat. Dia lebih senang menggunakan cara lain untuk berhubung. Tambahan pula, dia baru sahaja mengenali Adam. Agak sukar untuk dia menyerahkan nombor telefonnya sesuka hati kepada orang yang baru dikenalinya.
“Do you have a pen?” Afi tiba-tiba bertanya. Adam mengagau poket seluar dan bajunya. Nasib baik dia ada terbawa satu pen di dalam poketnya. Pen hitam itu diserahkan kepada Afi. Afi menyambut dan tangan kirinya mencapai tisu Starbucks yang diambilnya tadi. Selepas melakukan sedikit contengan, dia menyerahkan tisu itu kepada Adam yang asyik memerhatikan gelagatnya tadi. Adam menyambut dengan penuh tanda tanya. Pandanganya beralih ke arah tulisan di tisu itu. Kening kirinya pula yang terangkat.
“So, let’s talk via internet. Lebih menjimatkan, kan?” Afi mempamerkan senyuman yang lebih manis.

Adam merebahkan badan ke katilnya sambil terfikir kejadian yang berlaku sebentar tadi. Ingatnya dia sudah tidak akan bertemu Afi hari ini. Dia tersenyum sendirian. Hatinya bergetar hebat memandang gadis itu memakai baju kurung. Walaupun nampak biasa namun entah kenapa hatinya berdegup mengalahkan pelari pecut negara. Adakah cinta telah bertamu kembali setelah dia berikrar untuk tidak jatuh cinta lagi?
Tangannya mengagau poket sebelah kiri seluarnya. Tisu putih pemberian Afi dikeluarkan dan diamati. Hai, licik sungguh Si Afi ni ya! Adam bangun dari baringnya dan menghala ke meja belajar yang terletak beberapa langkah dari katilnya. Kerusinya ditarik dan kepala laptopnya ditolak supaya berdiri. Dia menaip sesuatu di laptopnya. Sesekali dia mengerlih ke tisu Afi yang diletakkan di sebelah kanan meja.

<terapiafi> Serious dah pergi jumpa doc ni?
<syafik09> Yakin tak bermimpi. :p
<terapiafi> kalau dah tau sakit, pergi rehatla uncle.
<syafik09> rest is not the only cure for sickness :D
<terapiafi> degil tahap kotoran degil la uncle ni.
<syafik09> ha ha ha ha…
Sedang asyik dia berbual dengan Apik, ada mesej pop-up mengenai seseorang cuba menambahkan namanya ke dalam senarai kenalan. Dia tersenyum sahaja kerana mengetahui empunya diri tersebut. Terus dia menekan butang terima. Kemudian menyambung kembali perbualannya dengan Apik.
Adam gembira apabila mesej seterusnya muncul menyatakan Afi telah menerimanya sebagai kenalan. Dia bertambah gembira apabila mendapati Afi tengah online. Segera dia menekan nama Afi di senarai kenalannya. Satu kotak berbual tiba-tiba muncul. Tanpa menunggu lama, dia menaip kata-kata sapaan.
<Skywalker> hai. Tengah buat apa?
<terapiafi>     hai. Salam. Tengah online la :p Ni Adam kan?
<Skywalker> salam. Loyar buruk! Ya, ni Adam. Afi kan?
<terapiafi> hehehe. Takla, nama saya Kuih Apam. Awak tersalah orang kot :p
Adam ketawa. Serius loyar buruk punya budak. Tangannya ligat terus menaip mesej kepada Afi. Nampaknya dia sudah menemui hobi baru.

Ulat buku 4
            Sudah satu jam mereka di situ. Satu jam jugalah Afi tidak berganjak pandangannya. Buku ADAM karya novelis thriller terkenal, Ramlee Awang Murshid menjadi penemannya sejak tadi. Adam yang manusia ni pula tidak dihiraukannya sejak buku itu dibukanya. Adam pula seperti cacing kepanasan yang tidak boleh duduk diam sahaja di situ. Sesekali dia bergerak ke rak-rak buku dan menarik salah satunya keluar untuk dibaca sinopsisnya, kemudian diletakkan semula. Setelah beberapa minit dia kembali semula ke tempat duduknya dan Afi. Tindakan Adam yang diulang-ulang itu akhirnya menarik perhatian Afi. Dia meletakkan buku ADAM ke meja, ditandakan bahagian dia berhenti. Badannya diangkat dan menghampiri Adam yang sudah berkerut dahi memandang buku-buku di sekelilingnya.
“Bosan?” Adam memandang Afi yang membetulkan tudungnya yang dirasakan senget.
“Sangat,” balas Adam tanpa selindung. Dia kembali menalakan matanya ke arah rak buku-buku business.
“Dah penat sangat ‘tengok’ buku ke?” Afi meliarkan matanya ke sekeliling rak yang ada di hadapan, kiri dan kanannya. Semuanya buku business.
“Awak suka business?” Adam angguk sahaja. Tangannya mencapai satu buku mengenai cara membuat wang di rumah namun diletakkannya semula apabila dia melihat isi dalamnya sekali imbas.
What make you like it?” Afi pula mencapai buku yang mempamerkan jutawan muda Malaysia, Irfan Khairi yang bertajuk Secrets of Internet Millionaires Revealed. Namun seperti Adam, setelah dibelek dengan begitu bersahaja, dia meletakkan kembali buku tersebut di rak.
I don’t know. Impian abah untuk saya mengambil alih syarikatnya.” Pendek jawapan Adam. Afi mengangguk-angguk.  Lama mereka berdiam melayan perasaan masing-masing. Afi kembali dengan soalannya.
Do you like animals?” Adam berpaling kepadanya dan mendapati ada sebuah buku mengenai haiwan di tangan Afi.
“Suka juga. Tapi biasa-biasa je.” Adam membalas dengan bersahaja. “Okie, jom.” Ajak Afi ke tempat duduk mereka. Adam hanya menurut.
I love this book,” ujar Afi sebaik punggung berlabuh di kerusi kayu itu. Buku di tangannya beralih tangan. Adam membuka helaian demi helaian. “Cats?” Afi mengangguk laju. Ada senyuman di bibirnya. “Yup, I love cats. This book ada banyak gambar kan. Menarik. Info dia pun ringkas tapi padat.” Adam masih membelek-belek buku itu sambil telinga mendengar penjelasan Afi.
“Look at this kind of cats.” Adam menghala matanya ke arah jari telunjuk Afi yang menunjukkan kucing jenis ‘Scottish fold’. “This cat, memang jenis gempal. Keluar-keluar je dari perut ibu dia, dah macam Doraemon. Tapi one thing I like about this cat, ia tetap gemuk even though ‘bersenam’ mengalahkan orang dalam The Biggest Looser.” Afi ketawa kecil. Adam nampak berminat. Dia meneruskan percakapannya.
Satu demi satu penerangan oleh Afi tentang isi kandungan di dalam buku itu. Seronok dia menyampaikan ilmu baru kepada Adam yang seperti anak kecil mengenali kucing buat kali pertama. Sesekali ada senyuman tercalit dibibirnya.
Look, book is fun to read if it catches your interest. It depends on how you interpet them and your imagination,” ujar Afi setelah selesai mengkhatamkan satu buku untuk Adam.
“… and it also depends on who explain it to you,” Adam tersenyum nakal. Tiba-tiba pipi Afi terasa bara yang amat!

P/S: nak tau next ya.... sabar~! wink wink~!

1 comment:

  1. cerita belum siap... tp ad sorang kawan saya gesa suruh buat...so saya post dulu yg ad :D

    ReplyDelete