Ulat Buku 1
Haish
adik ni, nak pesan tak cakap awal-awal. Dia pantas masuk ke dalam Borders untuk
membeli novel yang baru sahaja dipesan Alia. Dia langsung tidak mengetahui
apakah jenis novel tersebut. Hanya sedikit maklumat daripada Alia yang juga ingat-ingat
lupa. Dia lantas ke rak buku yang mempunyai papan tanda novel Inggeris dan
mencari-cari novel yang diminta.
“Sydney Sheldon,” berulang-ulang kali dia mengulangi nama penulis
buku itu supaya tidak lupa. Matanya meliar dari atas sehingga bawah rak.
Berkerut-kerut dahinya dan sesekali dia menggaru kepalanya yang tidak gatal
apabila buku yang dicari tidak berjumpa. Kelakuannya menarik perhatian
seseorang yang berada tidak jauh darinya.
“Kalau nak cari novel Sidney Sheldon, bukan kat sini,” ujarnya
kepada lelaki yang berada di sebelahnya sambil tersenyum. Adam mengangkat muka.
Dia memandang gadis bertudung putih itu dengan penuh fokus.
“Kat sana tu rak yang
bertanda nonfiction. Cari huruf S,
pasti awak akan jumpa novel Sydney
Sheldon,” Dia menunjukkan rak buku nonfiction
yang berada selang beberapa rak buku daripadanya. Adam berfikir sejenak sebelum
bersuara.
“Awak kenal bukunya?”
Tanya Adam dengan penuh memerlukan. Harap-harap sudilah gadis itu
menunjukkan tempat buku itu berada
sendiri. Gadis itu mengangguk penuh tanda tanya.
“Ah, boleh tak kalau
awak tolong saya? Saya perlukan awak,” Adam menjelaskan niatnya. Namun dahi
gadis itu berkerut tanda kurang mengerti.
“Ah, bukan. Macam ni,
adik saya minta saya belikan buku penulis tu tapi dia lupa yang mana satu
tajuknya tapi dia ada cerita sikit-sikit macam mana isi kandungannya.
“Abang
Ad nak pergi shopping mall?” Alia bertanya di pintu masuk sebaik melihat Adam
keluar bersama kasut Polonya. Adam mengangguk.
“Nak
pesan,”
“Apa
dia?”
“Belikan
novel Sidney Sheldon,” balas Alia.
“Apa
title dia?”
“Urm…
Alia lupa la. Tapi Alia ingat sikit-sikit cerita mengenai apa,” balas Alia
sambil berfikir.
“Susahla
macam ni. Macam mana nak cari?” Adam sudah berdiri selepas menyarung kasutnya.
“Ala,
abang tanya la pekedai buku tu, mesti dia tahu. Please…” rayu Alia dengan
membuat muka comelnya.
“Ye
la…ye la… Macam mana ceritanya?” Adam mengalah. Nanti kalau tidak diikut,
merajuk pula Alia ni.
“Cerita
dia mengenai seorang gadis yang ada masalah multiple personality disorder. Dia ada 3 personality
berbeza. Dia langsung tak tahu yang dia ada penyakit tu sedangkan dia dituduh
membunuh beberapa lelaki yang memang dia lakukan. Ada faham?” panjang
penerangan Alia. Adam mnengangguk-angguk namun dahinya berkerut. Dia akan cuba
mengingati cerita adiknya.
“Tengokla
kalau abang jumpa, abang beli,” Adam tidak mahu berjanji.
“Ala
abang Ad cuba la. Please…” kali ini panjang pula sebutan ‘please’ itu. Adam
mengeluh. Akhirnya dia mengangguk.
Begitulah ceritanya
pagi tadi sebelum dia bertolak ke sini. Adam memandang gadis yang masih membisu
di hadapannya.
“Pleaseeeee…” Dia pula mengajuk seperti adiknya. Gadis itu serba
salah. Rasa menyesal pula menolong lelaki ini tadi. Tapi apa salahnya. Kesian
juga tengok dia ni. Anggap je la pertolongan ni ikhlas.
Akhirnya dia
mengangguk. Betapa gembiranya hati Adam apabila gadis itu bersetuju
menolongnya.
“Terima kasih,”
ucapnya berulang kali dengan terharu. Apa kena pulak lelaki ni? Macam tak
pernah je ke kedai buku.
Adam menuruti langkah
gadis di hadapannya ke rak buku yang ditunjukkan tadi. Mereka berhenti
betul-betul di rak buku nonfiction
yang mempunyai pelekat huruf R dan S.
“Sini,” Adam memandang
ke arah telunjuk gadis itu. Di situ terletak beberapa buku karangan penulis
terkenal Sidney Sheldon. Terdapat
banyak tajuk novel karangannya. Entah mana satu yang diminta adiknya.
“Macam mana kisah novel
yang adik awak nak beli tu? Saya akan bantu jika saya tau,” sambung gadis itu
lagi yang melihat Adam masih kepeningan walaupun novel yang dicari sudah berada
di mata.
“Oh ya. Adik saya kata
ceritanya mengenai multiple personality
disorder. Ada 3 personaliti dalam badan gadis dalam cerita tu,” Adam
mengulang cerita adiknya kepada gadis di sebelahnya.
“MPD?” gadis itu pantas memberi reaksi. Lantas tangannya mencapai
salah satu novel yang berada di rak di hadapan mereka kemudian menyerahkan
novel tersebut kepada Adam. Adam yang masih kebingungan hanya melihat novel itu
bertukar tangan.
“Tell Me Your Dream?” Gadis itu mengangguk.
“Ini ke bukunya?” Adam
bertanya lagi. Gadis itu mengangguk lagi.
“Conform?” Angguk.
“Oh, terima kasih.
Terima kasih banyak-banyak,” berkali-kali dia menunduk 15 darjah ke arah gadis
itu.
“No problem. Cuma membantu,” balas gadis itu rendah diri. Telefon
gadis itu berbunyi lalu dia meminta diri. Adam bersyukur di dalam hati. Nasib
baik dia tolong. Kalau tak alamatnya berjam-jamla aku di sini. Dia lalu ke
kaunter pembayaran untuk membayar novel itu.
“Afi? Kau kat mana?”
terdengar suara di hujung telefonnya.
“Aku still kat Borders. Dah habis tengok?”
“Dah. Kami tunggu kat
depan foodcourt ya,” Selepas menekan
butang ‘Padam’, dia lantas mengambil barang-barangya dan berlalu keluar dari
Borders.
Adam memandu masuk
keretanya ke bawah garaj yang disediakan di rumahnya. Alia segera keluar rumah
apabila berbunyi deruman enjin kerta masuk ke perkarangan rumahnya. Tidak lain
tidak bukan tentunya abangnya. Sebaik Adam keluar dari perut kereta, Alia terus
menerkamnya.
“Abang jumpa tak?”
Tanya Alia tidak sabar. Matanya bersinar-sinar. Adam mengangguk lemah. Alia
menjerit keriangan.
“Macam mana abang
jumpa? Entah-entah silap buku kot,”
“Hah mintak lagi macam
tu. Yang rugi abang juga,” Alia mencebik.
“Mana bukunya?”
“Sabar la. Abang tak
duduk pun lagi. Letih ni. Bukannya nak buatkan air untuk abang tapi tanya pasal
novel pula,” leter Adam sambil duduk di sofa sebaik sahaja masuk ke dalam
rumahnya. Dia menyuruh Alia membuka kipas. Alia hanya menurut dengan mencebik.
“Hah dah balik pun
anak teruna,” Ibunya menegur sebaik muncul dari dapur. Puan Noriah lalu duduk
di sofa di sebelah anaknya yang nampak keletihan.
“Pergi mana ni? Nampak
letih,” Tanya Puan Noriah.
“Mall tadi. Saje jalan-jalan,” balas Adam sambil kepalanya
dilentokkan di sofa.
“Nah, air buat abang
tersayang,” ujar Alia sambil mengukir senyuman.
“Aik, kenapa tiba-tiba
pula ni?” Adam bertanya kehairanan. Alia menunjukkan novel Sidney Sheldon yang dibeli abangnya itu dengan gembira.
“Ni la novel yang Alia
cari. Abang jumpa. Thanks,” ujar Alia
gembira. Novel bertajuk ‘Tell Me Your
Dream’ itu pernah dibacanya dua tahun lepas. Namun, dia hanya meminjam
daripada rakan sebiliknya apabila kebosanan. Novel itu menarik perhatiannya dan
dia bercadang memilikinya. Memandangkan abangnya yang baru balik dari
Australia, dapatlah dia mengepau belikan novel tersebut untuknya.
“Fuhh… nasib baik la
ada orang tolong,” Adam mengeluh lega.
“Siapa?” Tanya ibunya
ingin tahu lebih lanjut. Dia amat mengerti perangai anak lelakinya yang seorang
ini yang tidak suka membaca novel-novel atau bahan bacaan yang tidak berkaitan
dengan pelajarannya. Maka amat jaranglah anak terunanya ini keluar masuk kedai
buku. Hairan jugalah, kalau Adam tidak kepeningan apabila memasuki kedai buku.
“Tentulah pelayan kat
situ kan,” jawab Alia sambil ketawa kecil.
“No,” Tangkas Adam meningkah. Alia yang turut juga melentokkan
kepalanya di sofa kini tegak di sebelah Adam.
“Then, siapa yang tolong abang?” soalnya hairan.
“A girl,” jawab Adam sambil memandang adiknya di hujung mata. Ada senyuman nakal dibibirnya.
“Hah?” Rahang Alia
jatuh sedikit sambil berkerut dahinya. Puan Noriah hanya menggelengkan kepala.
Adam meneguk air sirap
yang dibawa adiknya tadi sebelum menyambung cerita.
“A girl yang tunjukkan abang mana tempatnya novel tu diletakkan.
Siap tunjuk tu la buku yang adik nak cari. Dia yakin dia betul,”
“Siapa? Abang kenal ke
dia?” Alia masih tertanya-tanya.
“Mana la abang tahu.
Tak kenal pun. La nak tunggu kenal dia dulu ke baru boleh tolong?” Adam
tersengih.
“Hurm… macam ada udang
di balik spaghetti je. Takkanlah dia
baik sangat nak tolong abang yang dia tak kenal pun,” Alia mencebik.
“Baik apa dia tolong
abang. Kalau tak alamat Lia kena tunggu berjam-jam lagi nak sampai abang figure out buku apa yang Lia cari tau,”
Adam menjelaskan. Sekali lagi Alia mencebik.
“Alhamdulillah. Nasib baik
ada orang tolong Ad. Kalau tak, sampai ke Maghrib pun ibu tak jumpa anak ibu
lagi ni kan,” Puan Noriah berkata sedikit menyindir.
“Ala ibu. Ad pergi
makan angin kejap je. Dok umah pun bukan boleh buat apa,” Adam memberi alasan.
“Dah tu abah suruh
kamu bekerja, kamu kata nak rehat. Memang la tak ada apa-apa nak dibuat,” Adam
membuat muka.
“Ok la ibu. Adam nak
masuk bilik. Nak mandi dan solat Asar. Dah lewat dah ni,” pinta Adam lalu
berlalu ke biliknya.
“Ada-saja alasan bila
orang buka topik kerja,” Puan Noriah menggeleng-geleng kepalanya.
“Yang awak ni. Dah
sembahyang?” Alia mengangguk. Dia mendekatkan dirinya kepada ibunya.
“Ibu, ibu rasa Abang
Ad tu da conform tamat perkhidmatan
tak sebagai couple Kak Lili?” Tanya
Alia sambil memandang ke arah bilik Adam. Ibunya berkerut.
“Kenapa pula?”
“Tadi, masa Abang Ad
cerita pasal girl pun macam tak
layan. Abang Ad macam tak minat dah dengan girl
lain,” Alia menyuarakan.
“Hish, kamu ni. Ada
pula fikir sampai macam tu. Biar je la abang kamu tu sejuk hati dulu. Lagipun
baru tiga bulan mereka berpisah,” Puan Noriah menyangkal kata-kata Alia yang
dirasakan tidak betul itu. Dia lantas membawa gelas yang berisi air sirap
separuh itu ke dapur.
Ulat Buku 2
“Salam, Afi. Kat ne?”
suara di hujung talian bergema tanpa menunggu salam dijawab.
“Port biasala la. Mana lagi,” balasnya selepas menjawab salam. Apik,
saudara kembarnya yang menelefon.
“Borders?” Apik pantas
meneka.
“Yup. My only special place,”
“Alamak, ulat sudah naik
buku,” kedengaran ketawa di hujung talian. Dia juga turut ketawa.
“Ada-ada je la. Apik
lak, tengah buat apa tu?” tanyanya pula.
“Tengah borak ngan member kat telefon,” selamba saja
jawapan Apik. Afi terdiam sejenak.
“Aish, ada orang nak
rasa peluku Afi nampaknya,” balas Afi apabila dia memahami. Kedengaran ketawa yang
kuat di sebelah sana.
“Afi tu yang siput.
Macam dulu,” ketawanya disambung lagi. Afi mencebik.
“Apik tak ganggu time reading Afi ke?” Apik bertanya.
“Ada la sikit. Tapi
kerana Apik, Afi tak kisah,” jawab Afi sambil ketawa kecil.
“Wahhh… ni yang buat
Apik tambah sayang kat Afi,” ujar Apik terharu. Bezanya dengan Apik adalah 7
minit sahaja. Dia terlebih dahulu keluar dari rahim ibunya dituruti pula Apik.
Namun begitu oleh kerana tubuh badannya yang kecil molek, mereka berdua sering
di salah anggap Apik adalah abang, manakala dia adalah adik. Namun, dibiarkan
sahaja kerana yang lebih penting Apik sentiasa menghormatinya sebagai kakak.
“Umi baik?” Apik
menukar topik.
“Ya. Apik tak call umi ke?”
“Minggu lepas dah
telefon umi,”
“Itu minggu lepas.
Minggu ni?”
“Minggu ni call Afi pulak. Dah lama tak borak
dengan Afi. Apik rindu,” Sudah 5 tahun, Apik bermastautin di Jepun menyambung
pengajiannya di Universiti Nanzan dalam jurusan Pengurusan. Manakala dia pula
tersangkut di negeri Pulau Mutiara membuat Ijazah Kimia di Universiti Sains
Malaysia.
“Eleh, entah-entah nak
isi kebosanan je,” Afi berdalih.
“Ya jugak. Kalau bosan
memang nak call Afi je,” Apik
membalas sambil ketawa. Dia dapat mendengar rengusan Afi di sebelah sana.
“Ye la. Kalau bukan
Afi, siapa lagi nak isi kebosanan Apik. Afi je reti layan Apik tengah bosan
kan,” Afi turut ketawa apabila mendengar Apik ketawa di hujung talian.
“baca la buku kalau boring,” cadang Afi kepada kembarnya
itu.
“Hurm… baca buku boleh
buat penat juga. Kadang-kadang kena rehat juga kan,”
“Afi tak letih pun,”
“Hahaha… Afi lain,
Ulat buku. Mana nak penat,” Apik ketawa lagi. Afi mencebik.
Ulat Buku 3
Hari
ini, dia menemani ibunya dan Alia ke Jusco, membeli barangan dapur. Alia juga
mahu bershopping juga. Hanya dia yang
boleh memandu. Maka mahu atau tidak, dia harus menjadi driver petang itu.
Dari luar anak matanya
menangkap susuk tubuh yang sedang tekun membaca buku di kerusi Starbuck. Dia masih mengingati wajah
itu.
“Ibu dengan Alia masuk
lah Jusco. Ad nak window shopping
jap,” ujarnya sebaik berhenti di pintu masuk JJ. Sebaik memberikan troli kepada
Alia, dia segera beransur ke Starbuck
itu.
Jelas. Dialah gadis
itu. Gadis yang menolongnya mencari novel adiknya. Hari itu belum sempat dia
memperkenalkan dirinya. Apabila dia selesai membayar, dilihatnya kelibat gadis
itu telah tiada di kawasan itu. Hampa, dia mahu berbual panjang dengan gadis
itu. Namun hari ini, mampu dia meneruskan niatnya lagi. Dia berhenti
betul-betul di hadapan meja gadis itu. Namun, tiada respon daripada gadis itu.
Dia berdehem. Akhirnya gadis itu mengangkat muka.
“Boleh duduk?” Adam
berbahasa basi. Gadis itu mengerling ke kiri dan kanan. Didapati semua meja
telah penuh. Kemudian dia mengangguk. Matanya kembali menatap buku.
“Menarik ke buku tu?”
Adam mencari peluang berbual dengan gadis bertudung merah jambu muda yang
dipinkan ke belakang kepala itu. Gadis itu memandangnya dengan anak mata.
Mukanya tidak bergerak. Dia hanya mengangguk dan tersenyum. Alahai apa niat
mamat ni pula. Nak mengacau je. Dah bagi tempat duduk tu pun tak reti bersyukur
ke?
“Terima kasih untuk
hari tu,” Adam membuka kisah beberapa hari lepas. Mungkin dia akan memberi
reaksi lebih. Tepat, gadis itu memandangnya
dengan berkerut muka.
“Sydney Sheldon. Tell Me Your Dream,” Adam menyebut pengarang dan
nama buku yang menjadi sebab pertemuan mereka. Gadis itu berfikir lagi. Kerutan
di dahi jelas kelihatan.
“Oh, don’t mention it,” balasnya apabila dia mengingati semula.
Lelaki tu rupanya. Bukan ke hari tu dah banyak kali ucap thanks ke? Ni apa pula ni?
“Saya Adam, awak?”
Aik, perkenalkan diri pula. Afi memandang lelaki bernama Adam itu dihujung
mata. Kemudian melarikan semula anak mata menghadap bukunya.
“Afi,” balasnya
bersahaja. Adam gembira mendengar jawapan itu. Ada can la ni.
Alahai kenapa pulak
aku pergi jawab. Gedik!
“Awak selalu datang
sini ke?” Adam mahu perbualan mereka lebih rancak. Afi angguk tanpa memandang
ke arahnya. Adam melihat buku yang berada di tangan Afi.
“Tunas… hl… hlo…”
tergagap dia mahu menyebut nama penulisnya.
“Hlovate,” sebut Afi
datar.
“Haha… susahnya nak
sebut. Penulisnya ya?” kata Adam sambil mengusap belakang kepalanya yang tidak
gatal. Afi angguk lagi. Ya, pakcik. Dah terpapar di muka depan, siapa lagi?
“Awak ni peminat buku
ya?” Adam bertanya lagi. Afi memandang Adam sebelah mata sekali lagi. Habis tu,
buat apa la aku ada kat sini sambil pegang buku ni, pakcik oi! Adoiya! Afi
angguk.
Alahai. Angguk.
Angguk. Angguk macam belatuk. Itu je ke cik adik oi. Tak boleh jadi ni. Kena
lebih bercakap lagi.
“Hari tu, macam mana
awak tau buku tu yang saya nak cari? Awak baca buku tu juga?” Afi angguk lagi.
Dia tidak berminat untuk berbual. Sekarang adalah masanya membaca. Adam
mengeluh.
“Boleh tak beritahu
saya, apa yang bagus sangat baca buku ni? Saya rasa lagi banyak benda boleh
diisi daripada membaca kan,” Adam sudah naik lenguh menunggu jawapan gadis itu.
Maka dia cuba mencabar gadis itu pula. Afi menjeling tajam. Alamak! Adam
terkejut.
“Saya pun rasa awak
masih boleh isi masa awak dengan benda lain daripada mengganggu saya membaca
kan” keras kata-kata Afi walaupun datar.
“Ah, sorry…
sorry…” Alahai, aku pulak yang kena. Mereka berdiam sejenak. Afi masih
tekun membaca novel melayu bertajuk ‘Tunas’ itu sehelai demi sehelai. Adam pula
melemparkan pandangan ke luar kedai.
“Awak tak minum ke?”
dia bersuara datar selepas seketika diam. Apa lagi ni? Bisik hati Afi.
“Saya tak suka membaca
sambil minum. Mengganggu konsentrasi,” balas Afi datar. Adam tersengih. Tu
petanda baik.
“Hurm… kalau saya
belanja?” ujar Adam mengangkat sebelah keningnya.
Huh? Tak faham ke apa
yang orang cakap tadi? Afi hanya memandang pelik apabila Adam bangun dari
duduknya ke kaunter. Pandangannya belum berkalih sehingga Adam kembali duduk
dengan membawa dua gelas kopi.
“My treat. Minumlah,” ujar Adam sambil tersengih. Afi memandangnya
dengan berkerut dahi. Dia memandang gelas yang berisi kopi di hadapannya.
Kemudian pandangan beralih ke arah Adam yang sedang menghirup airnya. Serba
salah dia mahu mengambil minuman itu. Adam yang perasan segera berkata,
“Ambil la. Anggap je,
saya berterima kasih hal beberapa hari lepas,”
Lama dia merenung
gelas itu sebelum mencapainya dan minum. Berjaya! Adam tersengih.
“Saya betul-betul tak
faham kebaikan membaca. Boleh awak ceritakan?” Adam memusingkan strawnya sambil tangan menongkat mukanya
di meja. Pandangannya dilarikan ke kaunter pembayaran yang mempunyai ramai
pelanggan. Afi mengangkat muka dan berhenti minum.
“Awak tak suka
membaca?” Tanya Afi datar.
“Tak berminat,”
ujarnya malas.
“Takkan seumur hidup
awak tak pernah membaca?” Hairan.
“Bukanlah macam tu.
Kalau masa free, buku bukanla pilihan
saya,” Adam bersuara datar lagi.
“Hurm… setiap orang
ada minat masing-masing,” ujar Afi akhirnya. Dalam keadaan Adam, memaksa bukan
idea yang baik. Ada baiknya, hatinya sendiri terbuka untuk menerima buku. Adam
memandangnya sebelah mata.
“Jadi, awak minat
buku?” Afi angguk.
“Apa yang buat ia
menyeronokkan?” Adam bertanya lagi. Afi senyum. Dia memandang buku ‘Tunas’ yang
diletakkan jauh sedikit daripada gelasnya.
“Banyak…” Adam
memandangnya. “Banyak faedahnya,” senyuman Afi belum padam. Adam belum lepas
memandang wajah Afi yang masih tersenyum. Comelnya, detik hatinya.
“Saya dapat banyak
faedah daripada buku,” ulang Afi sambil memandang Adam yang masih merenungnya.
“Buku adalah guru saya
selain cikgu sekolah,” sambungnya lagi. “Saya dapat banyak ilmu baru daripada
membaca. Mengetahui sesuatu yang belum diketahui membuatkan saya gembira.
Contohnya, awak tau tak kucing yang berwarna putih dan mepunyai tompok coklat,
oren dan hitam dinamakan Calico?” Afi
menunggu jawapan Adam. Namun lelaki itu menggeleng tidak tahu.
“Saya pun. Baru-baru
ni saya baca buku tentang kucing. Barula saya tau. Comel betul nama dia. Calico,” ujar Afi gembira. Adam kagum
melihat gadis itu bercerita tentang faedah membaca buku. Banyak yang
diceritakan. Afi nampak gembira dan sentiasa tersenyum. Seolah-olah Afi itu
karangan berbentuk visual.
“Banyaknya,” Adam
berkata selepas Afi menghabiskan ‘karangannya’.
“Kan,” Afi menegaskan.
“Tapi yang paling
penting,…” Adam berhenti seketika. Afi memandangnya dan menunggu ayat itu
disambung.
“… awak gembira semasa
bercerita,” sambung Adam sambil tersenyum. Senyumannya dibalas kembali oleh
Afi.
“Saya suka bercerita
mengenai buku dan suka bercerita balik cerita dari dalam buku,” ujar Afi jujur.
Kepalanya menangkap jam besar di dinding. Jam sudah menunjukkan pukul 5.30
petang.
“Alamak, saya dah
lewat,” ujar Afi sambil bangun dari duduknya. Adam bingung.
“Saya kena balik sekarang.
Terima kasih untuk ini,” ujar Afi sambil menunjukkan ke arah gelas yang sudah
kosong. Adam mengangguk.
“Saya pergi dulu,” Afi
mengangkat beg galasnya yang diletakkan di kerusi sebelah kanannya dan
disangkutkan ke sebelah kanan bahunya. Dia tersenyum sebelum memulakan langkah.
“Afi,” Afi berpaling.
Adam juga telah bangun dari duduknya.
“Esok datang lagi?”
Tanya Adam lembut. Afi mengangguk. Adam senyum.
“Jumpa esok,” ujar
Adam tersenyum. Afi mengangkat kedua-dua keningnya. Dia mengangguk lagi. Langkahnya
dimulakan semula. Apa-apa je la Adam.
Adam mengeluarkan
telefon bimbitnya yang berbunyi.
“Ah, ibu…”
Sudah
lelah Adam menunggu namun kelibat Afi masih dia tidak temui. Gelas demi gelas
kopi sejuk yang diminumnya namun Afi tidak muncul-muncul jua. Dah lupakah Afi
tentang janji mereka? Walaupun tidak secara rasmi namun Afi bersetuju mahu
bertemunya semalam. Dia mengeluh berat. Mahu sahaja dia angkat punggung tapi
takut pula Afi tiba-tiba muncul. Sudah berkali-kali dia mengerlihkan pandangan
ke arah pintu masuk Starbucks itu
jika ada-ada kelibat Afi yang muncul namun hampa. Akhirnya apabila jam
menunjukkan jam 5.30 petang, Adam berlalu dari Starbucks. Hatinya bungkam. Tidak bertemu Afi hari ini tidak
memuaskan hatinya. Seolah-olah dia telah bertemu hobi barunya. Dia berjalan
dari kedai ke kedai sengaja mahu melayan perasaannya.
Punat kawalan keretanya ditekan
sehingga sudah yakin kesemua pintu keretanya terkunci rapat, barulah dia
berlari-lari anak mendapatkan ibunya. Tangan kiri ibunya disilang dengan tangan
kanannya. Debar dihati mengundang sebaik ternampak tanda kedai Starbucks. Dia tidak melupakan janjinya
kepada Adam namun sesuatu telah menghalang dia bertemu lelaki itu hari ini. Ketika
kakinya sudah hampir melepasi Starbuck,
matanya melilar ke dalam kedai itu. Kemudian dia menghembus nafas lega. Ibu dan
babanya asyik berbual dan tidak perasan gelagatnya. Matanya masih meliar di
kawasan kedai yang terkenal di seluruh negara itu. Kemudian, nafasnya segera
menukar kadar degupannya apabila melihat satu susuk tubuh yang dikenali sedang
asyik meneliti majalah-majalah yang dipamerkan di sebuah kedai majalah
berdekatan kedai Starbucks.
“Ibu, Afi nak ke kedai
majalah kejap. Ibu dan baba pergi dululah. Nanti Afi contact ye.” Setelah mendapatkan persetujuan kedua-dua ibu dan
bapanya, Afi mempercepatkan langkah menghala ke kedai di mana sesusuk tubuh itu
berada. Perasaan bersalah menyelubungi hatinya. Dia menelan air liur beberapa
kali dan berharap dia dimaafkan lelaki itu kerana janji yang tidak ditepati.
Janjikah? Hah, kira janjilah tu. Siapa suruh angguk tanpa usul periksa.
Ngeeee~!! Padan muka kau Afi.
Kakinya berhenti
betul-betul di belakang lelaki yang sedang asyik membelek majalah perniagaan. Alahai,
macam mana boleh lupa nama mamat ni? Apa aku nak panggil dia? Afi tergaru-garu walaupun
tidak gatal. Kepalanya berkerut cuba mengingati nama lelaki itu. Namun nasibnya
agak baik kerana Adam tiba-tiba terpaling apabila dia terperasan ada seseorang
di belakangnya.
“Assalamualaikum~!” Afi
menegur sambil terserlah senyuman bersalahnya itu. Adam terpaku seketika. Agak
terkejut dengan kehadiran Afi yang tiba-tiba. Matanya melurut Afi atas dan
bawah. Terpana dia melihat Afi dalam sepersalinan baju kurung berwarna biru
muda itu. Namun, Afi terlebih dahulu melambai-lambaikan tangannya ke muka Adam
untuk menyedarkan Adam ke alam nyata.
“Yo, bro. Boleh ke Starbucks kejap?”
Afi
meletakkan jus oren yang dipesan Adam di hadapan lelaki itu yang masih membisu
sejak tadi. Pandangan Adam juga menala ke arah lain sebagai tanda protes. Dia
duduk bertentangan dengan Adam sambil menyedut jus laici mencari kekuatan untuk
bersuara.
“Dah lama sampai?” Akhirnya
dia mampu bersuara walaupun suara terasa terlekat di kerongkong. Adam yang
sejak tadi berpaling ke arah lain menghala pandangannya ke arah Afi yang masih
tersengih macam kerang busuk.Ya, dia merajuk!
“Adalah dalam 3 jam
kot.” Adam bersuara acuh tidak acuh. Senyuman Afi semakin kendur. Perasaan bersalahnya semakin menebal. Alahai,
kesiannya mamat ni. Semua ni salah aku lah. Dia menyatukan kedua-dua belah
tapak tangan seperti bangsa Hindu berdoa namun diangkatkan sedikit tangannya
itu ke paras muka.
“Saya nak minta maaf
sangat-sangat kat awak. Serius, bukan perkara yang nak disengajakan.” Wajah Afi
bertukar kepada serius. Ada kerutan di dahinya. Adam mampu melihat perubahan
muka Afi itu. Mahu sahaja dia ketawa namun hatinya masih mahu merajuk.
“Boleh bagitau saya
alasan yang kukuh?” Adam merenung tajam Afi. Afi menunduk dan mengangguk.
“Salah seorang saudara
saya meninggal. Jadi my family and I went
to her house untuk bagi penghormatan terakhir. Oleh sebab saudara tu
saudara rapat ibu, so, we spent lots of
time there. Kami baru je balik dari sana tadi.” Adam beralih posisinya
namun matanya masih langsung merenung Afi yang sudah mula tersenyum kembali. Kedua-dua
belah tangannya menjadi tongkat kepada mukanya di meja.
“Saya risau juga sebab
saya akan buat awak tertunggu-tunggu. I
want to inform you but I don’t know how.” Ada tanda kesal dari tutur kata
Afi. Adam angguk sahaja mendengar kata-kata Afi. Beberapa minit juga sepi
mengisi.
“So,
problem
kita sekarang ialah kita tak dapat berhubung antara satu sama lain.” Adam
membuat kesimpulan. Afi sekadar angguk. Adam mengeluarkan telefon bimbitnya.
“So,
let’s switch our number,”
ujarnya tersenyum penuh makna. Tangannya sudah tersedia untuk menekan
butang-butang nombor telefon Afi. Afi terdiam. Sebelah keningnya terangkat. Dia
lebih senang menggunakan cara lain untuk berhubung. Tambahan pula, dia baru
sahaja mengenali Adam. Agak sukar untuk dia menyerahkan nombor telefonnya
sesuka hati kepada orang yang baru dikenalinya.
“Do
you have a pen?”
Afi tiba-tiba bertanya. Adam mengagau poket seluar dan bajunya. Nasib baik dia
ada terbawa satu pen di dalam poketnya. Pen hitam itu diserahkan kepada Afi.
Afi menyambut dan tangan kirinya mencapai tisu Starbucks yang diambilnya tadi. Selepas melakukan sedikit
contengan, dia menyerahkan tisu itu kepada Adam yang asyik memerhatikan
gelagatnya tadi. Adam menyambut dengan penuh tanda tanya. Pandanganya beralih
ke arah tulisan di tisu itu. Kening kirinya pula yang terangkat.
“So,
let’s talk via internet.
Lebih menjimatkan, kan?” Afi mempamerkan senyuman yang lebih manis.
Adam
merebahkan badan ke katilnya sambil terfikir kejadian yang berlaku sebentar
tadi. Ingatnya dia sudah tidak akan bertemu Afi hari ini. Dia tersenyum
sendirian. Hatinya bergetar hebat memandang gadis itu memakai baju kurung.
Walaupun nampak biasa namun entah kenapa hatinya berdegup mengalahkan pelari
pecut negara. Adakah cinta telah bertamu kembali setelah dia berikrar untuk
tidak jatuh cinta lagi?
Tangannya
mengagau poket sebelah kiri seluarnya. Tisu putih pemberian Afi dikeluarkan dan
diamati. Hai, licik sungguh Si Afi ni ya! Adam bangun dari baringnya dan
menghala ke meja belajar yang terletak beberapa langkah dari katilnya.
Kerusinya ditarik dan kepala laptopnya
ditolak supaya berdiri. Dia menaip sesuatu di laptopnya. Sesekali dia mengerlih ke tisu Afi yang diletakkan di
sebelah kanan meja.
<terapiafi>
Serious dah pergi jumpa doc ni?
<syafik09>
Yakin tak bermimpi. :p
<terapiafi>
kalau dah tau sakit, pergi rehatla uncle.
<syafik09>
rest is not the only cure for sickness :D
<terapiafi>
degil tahap kotoran degil la uncle
ni.
<syafik09>
ha ha ha ha…
Sedang
asyik dia berbual dengan Apik, ada mesej pop-up
mengenai seseorang cuba menambahkan namanya ke dalam senarai kenalan. Dia
tersenyum sahaja kerana mengetahui empunya diri tersebut. Terus dia menekan
butang terima. Kemudian menyambung kembali perbualannya dengan Apik.
Adam
gembira apabila mesej seterusnya muncul menyatakan Afi telah menerimanya
sebagai kenalan. Dia bertambah gembira apabila mendapati Afi tengah online. Segera dia menekan nama Afi di
senarai kenalannya. Satu kotak berbual tiba-tiba muncul. Tanpa menunggu lama,
dia menaip kata-kata sapaan.
<Skywalker>
hai. Tengah buat apa?
<terapiafi> hai. Salam. Tengah online la :p Ni Adam kan?
<Skywalker>
salam. Loyar buruk! Ya, ni Adam. Afi kan?
<terapiafi>
hehehe. Takla, nama saya Kuih Apam. Awak tersalah orang kot :p
Adam
ketawa. Serius loyar buruk punya budak. Tangannya ligat terus menaip mesej
kepada Afi. Nampaknya dia sudah menemui hobi baru.
Ulat buku 4
Sudah satu jam mereka di situ. Satu
jam jugalah Afi tidak berganjak pandangannya. Buku ADAM karya novelis thriller terkenal, Ramlee Awang Murshid
menjadi penemannya sejak tadi. Adam yang manusia ni pula tidak dihiraukannya
sejak buku itu dibukanya. Adam pula seperti cacing kepanasan yang tidak boleh
duduk diam sahaja di situ. Sesekali dia bergerak ke rak-rak buku dan menarik
salah satunya keluar untuk dibaca sinopsisnya, kemudian diletakkan semula.
Setelah beberapa minit dia kembali semula ke tempat duduknya dan Afi. Tindakan
Adam yang diulang-ulang itu akhirnya menarik perhatian Afi. Dia meletakkan buku
ADAM ke meja, ditandakan bahagian dia berhenti. Badannya diangkat dan
menghampiri Adam yang sudah berkerut dahi memandang buku-buku di sekelilingnya.
“Bosan?”
Adam memandang Afi yang membetulkan tudungnya yang dirasakan senget.
“Sangat,”
balas Adam tanpa selindung. Dia kembali menalakan matanya ke arah rak buku-buku
business.
“Dah
penat sangat ‘tengok’ buku ke?” Afi meliarkan matanya ke sekeliling rak yang
ada di hadapan, kiri dan kanannya. Semuanya buku business.
“Awak
suka business?” Adam angguk sahaja.
Tangannya mencapai satu buku mengenai cara membuat wang di rumah namun
diletakkannya semula apabila dia melihat isi dalamnya sekali imbas.
“What make you like it?” Afi pula
mencapai buku yang mempamerkan jutawan muda Malaysia, Irfan Khairi yang
bertajuk Secrets of Internet Millionaires
Revealed. Namun seperti Adam, setelah dibelek dengan begitu bersahaja, dia
meletakkan kembali buku tersebut di rak.
“I don’t know. Impian abah untuk saya
mengambil alih syarikatnya.” Pendek jawapan Adam. Afi mengangguk-angguk. Lama mereka berdiam melayan perasaan
masing-masing. Afi kembali dengan soalannya.
“Do you like animals?” Adam berpaling
kepadanya dan mendapati ada sebuah buku mengenai haiwan di tangan Afi.
“Suka
juga. Tapi biasa-biasa je.” Adam membalas dengan bersahaja. “Okie, jom.” Ajak Afi ke tempat duduk
mereka. Adam hanya menurut.
“I love this book,” ujar Afi sebaik
punggung berlabuh di kerusi kayu itu. Buku di tangannya beralih tangan. Adam
membuka helaian demi helaian. “Cats?”
Afi mengangguk laju. Ada senyuman di bibirnya. “Yup, I love cats. This book ada banyak gambar kan. Menarik.
Info dia pun ringkas tapi padat.” Adam masih membelek-belek buku itu sambil
telinga mendengar penjelasan Afi.
“Look at this kind of cats.” Adam menghala matanya
ke arah jari telunjuk Afi yang menunjukkan kucing jenis ‘Scottish fold’. “This cat, memang jenis gempal.
Keluar-keluar je dari perut ibu dia, dah macam Doraemon. Tapi one thing I like about this cat, ia
tetap gemuk even though ‘bersenam’
mengalahkan orang dalam The Biggest
Looser.” Afi ketawa kecil. Adam nampak berminat. Dia meneruskan
percakapannya.
Satu
demi satu penerangan oleh Afi tentang isi kandungan di dalam buku itu. Seronok
dia menyampaikan ilmu baru kepada Adam yang seperti anak kecil mengenali kucing
buat kali pertama. Sesekali ada senyuman tercalit dibibirnya.
“Look, book is fun to read if it catches your
interest. It depends on how you interpet them and your imagination,” ujar
Afi setelah selesai mengkhatamkan satu buku untuk Adam.
“… and it also depends on who
explain it to you,”
Adam tersenyum nakal. Tiba-tiba pipi Afi terasa bara yang amat!
P/S: nak tau next ya.... sabar~! wink wink~!