Wednesday 12 December 2012

Pukul 20 Selepas 4


Mata belum pejam
Sudah berjam menatap yang meneman
Dia pandang aku pandang
Dia senyap aku berdetap
Badannya berhaba perutku terasa

Mata belum mahu pejam
Sedang siang menyambar malam
Berganti tugas tanpa henti
Sudah berbunyi si kokok pagi
Memberi tanda kepada yang sudi

Mata belum ingin pejam
Si pencuri berlari di sebalik almari
Entah apa risaunya pasti
Menjadi lagu kepada hati
Yang cuma hanya ditemani sepi

Mata sudah ingin pejam
Bila tersirat mengawal tersurat
Tiada apa mampu dihalang
Cuma pendinding dan doa harian
Mengiringi pejam ke alam mimpi

p/s: bila sunyi idea mari
(Sajak ni terhasil pada waktu pagi-pagi buta. Kerna belum ngantuk dan kebosanan, terlakarla sajak di papan monitor.)