Wednesday 12 December 2012

Pukul 20 Selepas 4


Mata belum pejam
Sudah berjam menatap yang meneman
Dia pandang aku pandang
Dia senyap aku berdetap
Badannya berhaba perutku terasa

Mata belum mahu pejam
Sedang siang menyambar malam
Berganti tugas tanpa henti
Sudah berbunyi si kokok pagi
Memberi tanda kepada yang sudi

Mata belum ingin pejam
Si pencuri berlari di sebalik almari
Entah apa risaunya pasti
Menjadi lagu kepada hati
Yang cuma hanya ditemani sepi

Mata sudah ingin pejam
Bila tersirat mengawal tersurat
Tiada apa mampu dihalang
Cuma pendinding dan doa harian
Mengiringi pejam ke alam mimpi

p/s: bila sunyi idea mari
(Sajak ni terhasil pada waktu pagi-pagi buta. Kerna belum ngantuk dan kebosanan, terlakarla sajak di papan monitor.)

Saturday 23 June 2012

Yang Maha Penyayang

Di setiap kesakitan itu
Adanya hikmah yang bertamu
Ianya datang tanpa beritahu
Yang dihadiahi Allah yang satu

Walau betapa timbunnya dosa
Dia tetap terima taubatnya
Besarnya kuasa dan sayang-Nya
Segala nestapa menjadi suka

Allahuakbar, Allahuakbar...


Walau hari-hari penuh derita
Perlu bersabar dengan ikhlasnya
Pasti ada hikmat daripada-Nya
Untuk kita si taat setia

Setiap manusia harus berdoa
Memanjatkan syukur kepada Yang Esa
Memberi nikmat hikmat sentiasa
Tidak kira siapa pun dia

Mood: bersyukur (^_^)/